JAKARTA – Buat julung kalinya, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri 2024 di Istana Kepresidenan, Jakarta hari ini.
Lapor akhbar Tribunnews pagi tadi, majlis tersebut terbuka kepada orang ramai bermula daripada pegawai pemerintah hinggalah rakyat biasa.
Menurut Ketua Biro Protokol Sekretariat Presiden, Mohamad Yusuf Permana, rumah terbuka itu bermula pada pukul 9 pagi (waktu tempatan).
“Kami bercadang untuk mengadakan rumah terbuka untuk pegawai dan orang ramai pada hari Rabu, 1 Syawal pukul 9 pagi.
“Ini namanya rumah terbuka, tentu tidak perlu jemputan. Jadi pegawai dan masyarakat boleh datang,” kata Yusuf di Istana Merdeka di Jakarta pada Isnin.
Walau bagaimanapun, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi di mana orang ramai boleh memakai pakaian kasual tetapi tidak seluar jeans.
“(Pakaian) kena kemas. Tapi tak boleh pakai jeans, ya? Pakai kasut,” kata Ketua Sekretariat Presiden, Budi Hartono. – AGENSI