fbpx

Perubahan taktikal Guardiola selamatkan City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FODEN (kiri) antara pemain City yang menyinar ketika seri 3-3 dengan Real di Santiago Bernabeu awal pagi tadi. - AFP

MADRID – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memuji karaktek juang tinggi ditunjukkan anak-anak buahnya ketika seri 3-3 dengan Real Madrid pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.

Guardiola, 53, merasakan mereka boleh tewas dengan keputusan yang amat teruk jika beliau tidak melakukan perubahan taktikal di separuh masa kedua selepas menamatkan aksi babak pertama dengan ketinggalan 1-2.

Ketika itu, City yang terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Bernardo Silva seawal minit kedua, tetapi terpaksa aku bolos dua kali kepada Real dalam tempoh dua minit hasil gol sendiri Ruben Dias dan Rodrygo pada minit ke-12 serta 14.

Percaturan Guardiola di separuh masa kedua membuahkan hasil apabila The Citizens berjaya mendahului 3-2 hasil jaringan Phil Foden (m-66) dan Josko Gvardiol (m-71) sebelum Real bangkit menyamakan kedudukan menerusi Federico Valverde pada minit ke-79.

“Kami mungkin boleh tewas dengan keputusan 1-4 ataupun 1-5 dan ini adalah sebahagian daripada proses. Anda boleh lihat emosi para pemain tidak stabil dalam aksi ini.

“Saya beritahu pemain, anda perlu bayangkan datang ke Bernabeu menentang pasukan kuat seperti Real dalam saingan Liga Juara-Juara yang mana ini adalah kejohanan mereka. Anda perlu bertarung selama 90 minit kerana jika tidak anda tidak boleh bersaing dengan mereka,” kata Guardiola.

Biarpun berakhir seri, tetapi Guardiola gembira dengan keputusan itu memandangkan mereka gagal menewaskan Real di Santiago Bernabeu dalam dua pertemuan terdahulu termasuk tewas 1-3 pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara dua tahun lalu.

City selaku juara bertahan, pastinya akan memberikan persembahan yang lebih bertenaga apabila turun beraksi di laman sendiri, Stadium Etihad untuk aksi timbal balik pada 18 April nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI