fbpx

Pemandu lori lari SJR dikejar 50km, 10 das tembakan amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori dipandu suspek selepas kejadian itu.

JEMPOL – Seorang pemandu lori yang lari sekatan jalan raya (SJR) dikejar sejauh 50 kilometer berjaya ditahan semalam.

Kejadian telah menyebabkan polis melepaskan 10 das tembakan di KM9, Jalan Bahau-Kemayan yang berakhir dengan kemalangan.

Suspek nekad memecut laju ke Lonek, jalan-jalan kampung ke Pekan Batu Kikir dan berpatah semula ke Serting, sebelum ke jalan Keratong dan masuk ke ladang sawit Serting Hilir.

Malah, dalam cubaan tersebut, polis terpaksa melepaskan 10 das tembakan di bahagian tayar lori bagi memberhentikan kenderaan tersebut, namun suspek nekad memecut laju lorinya.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, dengan bantuan kereta peronda MPV, suspek telah berjaya ditangkap di dalam kawasan ladang sawit Serting Hilir 8 dan suspek kemudiannya dibawa ke IPD Jempol bagi siasatan lanjut.

Menurutnya, suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Seremban.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI