fbpx

Lagu duet dendangan Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah pukau pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL SULTAN ABDULLAH dan Tunku Azizah Aminah Maimunah memukau pengunjung dengan nyanyian lagu duet di Majlis Rumah Terbuka Sultan Pahang di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Lagu Gurindam Jiwa, Seiring Sejalan dan Menjelang Hari Raya nyanyian berduet Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang memukau hampir 15,000 pengunjung yang hadir di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Lurah Semantan, Temerloh hari.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mempamerkan sikap ‘sporting’ dan mempunyai vokal sedap yang menghiburkan.

Gaya ‘sweet’ pasangan diraja itu semasa menyanyi turut mengusik jiwa sentimental rakyat apatah lagi senikata lagu didendangkan yang sungguh bermakna dan memberi gambaran kehidupan sebenar.

Turut berkenan menyumbangkan suara pada majlis berkenaan ialah Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Al- Sultan Abdullah ketika bertitah mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Pahang dan Malaysia yang merayakan kemenangan setelah sebulan berpuasa.

“Bersyukurlah dengan keamanan dan kemakmuran yang dinikmati sekarang sekaligus mempertahankannya demi kemajuan negara akan datang” titahnya.

Baginda turut merakamkan terima kasih kepada pihak yang melaksana dan menguruskan majlis berkenaan termasuk Majlis Perbandaran Temerloh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI