BANDAR SERI BEGAWAN – Brunei akan merayakan Aidilfitri esok, lapor portal berita medcom.id semalam.
Ini adalah kerana anak bulan Syawal tidak kelihatan di negara itu kelmarin.
Keputusan itu juga telah mendapat perkenan pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Pengumuman tarikh hari raya itu diumumkan melalui radio dan televisyen di negara beraja tersebut.
Cuti umum selama tiga hari sempena Aidilfitri diumumkan di negara tersebut. – AGENSI