ABU DHABI – Bayaran tol dan parkir sempena cuti Aidilfitri di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) adalah percuma mulai semalam sehingga Ahad ini, lapor laman berita Gulf News.
Berita gembira itu diumumkan oleh Pusat Pengangkutan Bersepadu (ITC), Jabatan Perbandaran dan Pengangkutan (DMT).
UAE sebelum itu mengumumkan bahawa tarikh 1 Syawal jatuh pada esok, Rabu.
Menteri Keadilan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Melihat Anak Bulan, Abdullah Sultan bin Awad Al Nuaim berkata, anak bulan Syawal tidak kelihatan pada petang kelmarin, menyebabkan Aidilfitri disambut esok. – AGENSI