fbpx

‘Penyondol’ senyum setelah diserang isteri kekasih di bazar Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan seorang wanita berjalan di bazar Aidilfitiri sambil memaut lengan suami orang yang tular di laman Facebook, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang lelaki terpaksa melarikan diri setelah diserang oleh isteri yang telah menangkapnya berjalan berpegangan tangan bersama seorang wanita lain di sebuah bazar Aidilfitri.

Dalam video berdurasi satu minit 30 saat itu, wanita berkenaan bertindak mengekori suaminya selama beberapa saat sebelum menjerit menuduh suaminya curang.

“Bro, curang ke? Curang ke? Kau tahu tak dia ni laki orang,” kata wanita berkenaan dalam video tersebut.

Lebih menyakitkan hati, si penyondol hanya tersenyum sewaktu diserang di tempat kejadian.

Malah, suami wanita berkenaan juga bertindak melindungi teman wanitanya dan beberapa kali menepis telefon bimbit milik isteri.

Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai berpendapat kejadian tersebut tidak seharusnya berlaku lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

Malah, tindakan si penyondol yang masih boleh tersenyum walaupun sudah ditangkap juga membuatkan orang ramai sakit hati.

“Aduh lelaki ini. Adakah ini musim curang? Tengah dalam bulan baik (Ramadan) pun masih hendak curang, nauzubillah,” kata Irfan.

“Lelaki macam ini patut ditinggalkan. Tak guna kejar dan jatuhkan maruah diri, terjerit-jerit di tempat awam macam tu. Kalau dia (suami) boleh cari lain, mengapa awak tidak buat perkara sama? Tinggalkan sahaja lelaki macam itu, hidup sendiri lebih baik,” kata Hanizah.

“Kasihan isteri, kewujudannya tidak diendahkan. Kalau macam ini, lebih baik tidak ada daripada ada. Lebih tenang begitu. Moga Allah permudahkan segala urusan serta berikan kekuatan buat sis,” Eida. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI