JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sekumpulan penduduk melakukan tradisi menyapu jalan di Indramayu, wilayah Jawa Barat, lapor portal berita Wolipop.
Tujuannya adalah untuk ‘menyapu’ atau mengambil duit yang dilemparkan oleh pengguna jalan yang melalui jalan tersebut.
Difahamkan, duit berkenaan merupakan pemberian atau sedekah oleh pengguna-pengguna jalan raya itu.
Seorang penduduk, Uuum, 49, berkata, dia menyertai aktiviti itu sejak di bangku sekolah.
Namun menurutnya, amalan tersebut sudah tidak banyak dilakukan oleh penduduk ketika ini. – AGENSI