fbpx

MotoGP: Fernandez congak nasib di MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDEZ perlu segera mencari prestasi terbaik untuk membolehkannya mendapat kontrak baharu musim depan. - AFP

LONDON – Perubahan besar dijangka berlaku untuk musim 2025 apabila kebanyakan pelumba kini berada pada tahun terakhir kontrak masing-masing sekali gus memungkinkan berlakunya beberapa pembaharuan.

Kebanyakan pelumba memasang impian untuk menyertai pasukan yang lebih baik dan mendapatkan jentera yang lebih kompetitif, namun ada juga yang terdesak untuk memastikan mereka terus relevan dalam saingan.

Pelumba Tech3 GasGas, Augusto Fernandez sudah mula merasai bahang tekanan untuk memastikan dirinya terus kekal dalam saingan kelab premier itu apabila sedar mengenai persaingan sengit yang wujud.

Kecemerlangan yang dipamerkan rakan sepasukan, Pedro Acosta menambah beban tekanan apabila dia sekadar mengakhiri perlumbaan di tempat ke-17 pada GP Qatar dan di tangga ke-11 pada GP Portugal lalu.

“Sudah tentu prestasi akan jadi kayu ukur. Jika anda tidak mempunyai kepantasan, tidak ada orang akan menolong dan sudah pasti tiada kontrak baharu untuk anda musim depan.

“Apa yang jelas, musim ini adalah sangat getir, anda perlu lebih cepat untuk bersaing dan saya tidak mahu terus ketinggalan serta perlu bangkit,” katanya.

Fernandez sedar bahawa KTM yang merupakan pasukan utama bagi Tech3 tidak akan teragak-agak untuk ‘membuang’ pelumba yang tidak kompetitif dalam usaha mereka memburu kejayaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI