fbpx

Lelaki terima padah kerana renung wanita merokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketiga-tiga tertuduh dalam kes itu telah ditahan – Gambar hiasan

NEW DELHI – Seorang lelaki berusia 28 tahun maut ditikam selepas merenung dua wanita yang sedang merokok di negeri Maharashtra, India, lapor laman berita Wion News. 

Dua wanita bernama Jayashree Panjhade dan Savita Sayre sedang merokok berhampiran sebuah kedai di Mahalaxmi Nagar, bandar Nagpur pada malam Sabtu lalu.

Mangsa yang berusia 28 tahun serta dikenali sebagai Ranjit Rathod, kemudian datang dan mula merenung mereka. 

Menurut pegawai tempatan, berdasarkan laporan, kedua-dua wanita itu berang apabila mangsa yang turut berada di lokasi kejadian untuk membeli rokok merenung mereka.

Pertengkaran tercetus antara mereka sehingga berlakunya pergaduhan.

Dalam satu rakaman, Jayashree dilihat membelasah mangsa sebelum memanggil sebilangan rakannya yang kemudian mengejar dan menikam lelaki itu beberapa kali.

Mangsa dikejarkan ke hospital, namun dia meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Sementara itu polis berkata, mereka masih memburu seorang lagi suspek, manakala tiga suspek lain ditahan di bawah seksyen 302 dan 34 Kanun Keseksaan India (IPC). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI