fbpx

Lebuh Raya Karak sesak 17 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik menuju ke Plaza Tol Gombak sesak susulan orang ramai memulakan pergerakan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri.

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang dilaporkan sesak pada petang ini.

Kesesakan tersebut berlaku susulan orang ramai bertolak pulang ke kampung halaman masing-masing dan cuba merebut pemberian tol percuma di semua lebuh raya yang dijadualkan berakhir pada pukul 11.59 malam ini.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dikongsikan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), trafik dilaporkan sesak sepanjang 17 kilometer dari Plaza Tol Gombak hingga ke Terowong Genting Sempah susulan pertambahan kenderaan dan cuaca hujan.

Aliran trafik ke utara juga dilaporkan sesak di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dari Bukit Lanjan ke Rawang, Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang ke Bukit Beruntung, Bukit Tagar ke Lembah Beringin, Tapah ke Gopeng, dan Terowong Menora ke Kuala Kangsar.

Bagi laluan ke selatan, trafik dilaporkan perlahan dari Nilai ke Bandar Ainsdale ekoran kemalangan di kilometer (KM) 276.8.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI