fbpx

Kualiti Cools sepatutnya jadi penanda aras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COOLS antara pemain warisan yang memiliki kualiti yang diperlukan oleh Harimau Malaya dalam usaha meningkatkan lagi prestasi.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu ‘tapis’ kemasukan pemain berdarah warisan agar mampu mendapatkan pemain lebih berkualiti untuk diserapkan dalam skuad kebangsaan pada masa akan datang.

Bekas pemain kebansgaan, Stanley Bernard mengakui antara penanda aras yang boleh dilihat dalam skuad Harimau Malaya ketika ini adalah pemain berdarah warisan seperti Dion Cools dan Nooa Laine.

Kata Stanley, mana-mana pemain warisan yang berpangkalan di Eropah perlu diuji serta dinilai terlebih dahulu sebelum layak untuk dipanggil dalam kem kendalian Kim Pan-gon nanti.

“Saya rasakan pemain seperti Cools dan Laine memiliki tahap yang tinggi dan bila kita panggil dia, kita tahu kualiti mereka macam mana.

“Namun, pemain-pemain warisan (yang tular) ini kita tidak tahu tahap mereka setakat mana dan penilaian perlu dilakukan dahulu.

“Andai memiliki karakter macam Cools, mungkin (FAM) kena bekerja keras untuk yakinkan mereka kenapa perlu pilih Harimau Malaya selain terangkan mengenai perancangan jangka pendek dan panjang pasukan,” katanya kepada Kosmo!

Sebagai rekod, berita mengenai pemain berdarah warisan kembali hangat awal bulan ini selepas portal pencari bakat, frfuturetalents mendakwa dua pemain di Eropah, Ethan Wheatley dan Ferdy Druijf memiliki ‘darah Malaysia’.

Antara pemain berdarah warisan yang mewakili Harimau Malaya ketika ini seperti La’vere Corbin-ong (Barbados), Matthew Davies (Australia), Dominic Tan (Singapura), Darren Lok (England), Brendan Gan (Australia).

Frfuturetalents mula mendedahkan bakat yang didakwa memiliki ‘darah’ Malaysia sekitar Eropah pada tahun lalu dengan nama-nama seperti Mats Deijl, Sem Scheperman dan Diego van Oorschot berpotensi mewakili skuad kebangsaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI