KUALA LUMPUR – Sudah namanya selebriti, kalau tidak meriah dan murah dengan tajaan pasti tidak sah.
Pelakon Fasha Sandha juga tidak ketinggalan. Untuk sambutan raya tahun ini sahaja, dia diibanjiri tajaan, terutama baju raya sehingga menggumpul 50 pasang baju untuk digayakan sepanjang Aidilfitri.
Kata Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, kebanyakan busana tersebut dihadiahkan beberapa jenama pakaian tanah air buat dirinya serta ahli keluarga lain.
“Raya tahun ini saya ada 45 pasang baju, termasuklah untuk suami dan anak-anak tetapi bukanlah saya beli semua itu.
“Ada beberapa jenama yang hadiahkan, saya beli dalam tiga pasang sahaja.
“Satu hari mungkin saya akan pakai dalam dua pasang baju untuk beraya di Rembau, Negeri sembilan dan Perlis,” katanya kepada Kosmo! Online
Kemurahan hati penaja baju raya pada lebaran kali ini mengingatkan Fasha terhadap kenangan semasa bergelar ibu tunggal sebelum ini.
“Momen ini mengingatkan saya ketika menjadi menjadi ibu tunggal dahulu. Ketika itu saya dapat berpuluh-puluh pasang baju percuma.
“Kebanyakannya daripada kawan-kawan termasuklah Fazura. Dia mesti hadiahkan berbelas pasang baju.
“Tahun ini walaupun sudah lima tahun menjadi isteri, orang tetap bagi baju. Alhamdulillah, murah rezeki,” ujar ibu kepada tiga cahaya mata itu. -KOSMO! ONLINE