fbpx

EPL: Trend ‘buruk’ United bolos hujung aksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOBBIE Mainoo berjaya meledak gol kedua United ketika mereka bangkit daripada ketinggalan sebelum perlawanan berakhir seri 2-2 kelmarin. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mengakui pasukannya perlu menyalahkan diri sendiri selepas terikat 2-2 menentang Liverpool di Old Trafford pada aksi kelmarin.

United sekali lagi gagal mempertahankan peluang meraih kemenangan apabila bolos pada lewat permainan seperti ketika mereka dikecewakan 3-4 oleh Chelsea pada masa kecederaan serta seri 1-1 menentang Brentford yang meledak gol penyamaan pada minit ke-99.

Aksi kelmarin menyaksikan mereka terlebih dahulu ketinggalan sebelum bangkit mendahului 2-1, namun sekali lagi terlepas peluang untuk meraih tiga mata penuh selepas Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-84.

Keputusan itu menyaksikan United ketinggalan 11 mata di belakang Tottenham Hotspur yang berada di kedudukan keempat dan hampir tidak realistik untuk mereka melayakkan di ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

“Perasaan yang bercampur baur. Dari satu sudut, saya sangat kecewa apabila kami tercicir tujuh mata dalam tempoh satu minggu ketika pasukan berada dalam kedudukan mampu meraih kemenangan. Kami perlu menyalahkan diri sendiri kerana melakukan kesilapan bodoh.

“Dari aspek lain pula, saya sangat bangga. Anda boleh melihat bagaimana kami menunjukkan peningkatan dan potensi yang ada dalam skuad ini sangat menakjubkan.

“Kami mungkin berdepan kekurangan pada beberapa bahagian terutama melibatkan pemain muda yang tidak menunjukkan keyakinan terutama ketika berdepan pemain lawan. Babak kedua kami lebih baik selepas pemain diberikan kata-kata semangat,” katanya.

Dalam pada itu, Ten Hag percaya dua perkara yang menjadi punca mereka gagal mempertahankan kelebihan ketika mendahului perlawanan dan berpeluang untuk meraih kemenangan.

“Pertama adalah faktor fizikal kerana kami berdepan perlawanan yang berintensiti tinggi di London menentang Chelsea dengan keputusan yang mengecewakan. Ia memberi kesan kepada semangat pemain.

“Kedua pula adalah saya fikir keyakinan yang ada pada pemain untuk mereka berdepan pemain lawan dan memenanginya. Itu masih berada pada tahap paling rendah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ten Hag turut optimis mengenai kecederaan yang dialami Marcus Rashford yang terpaksa dikeluarkan pada babak kedua perlawanan.

“Saya belum dimaklumkan lagi tahap kecederaannya, namun saya tidak fikir ia akan mengambil masa yang lama untuk pulih,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI