fbpx

Arab Saudi raya esok, Indonesia jangka Aidilfitri Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH penunggang motosikal menaiki feri untuk pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri di Cilegon, Banten kelmarin. - Foto AFP

RIYADH – Anak bulan Syawal tidak kelihatan semalam di Arab Saudi, yang merupakan 29 Ramadan mengikut kalendar Hijrah, umum Mahkamah Agung negara itu seperti dilaporkan laman berita Arab News.

Ia sekali gus menandakan Aidilfitri di negara itu disambut esok.

Solat sunat Aidilfitri akan diadakan di seluruh Arab Saudi selepas matahari terbit, dengan pengaturan menyeluruh dibuat untuk menampung jemaah solat hari raya.

Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah, dan Bimbingan Arab Saudi, Sheikh Abdullatif Al-Asheikh baru-baru ini mengeluarkan arahan supaya solat sunat Aidilfitri diadakan 15 minit selepas matahari terbit.

Dalam pada itu, umat Islam di Indonesia juga dijangka bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri esok.

Pengarah Bimbingan Masyarakat Islam Kementerian Agama, Kamaruddin Amin memberitahu, mengikut pengiraan hisab, ketinggian hilal sudah memenuhi kriteria MABIMS (Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura).

“Berdasarkan kriteria MABIMS, posisi hilal dimaksud telah memenuhi kriteria penglihatan hilal,” katanya.

Namun, pemerintah melalui Kementerian Agama (Kemenag) tetap akan mengadakan mesyuarat untuk menetapkan 1 Syawal 1445 sebelum mengumumkannya kepada orang ramai.

Sebanyak 120 kawasan di Indonesia akan melihat anak bulan pada petang ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI