fbpx

Aliran trafik di lebuh raya lancar pada hari kedua tol percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV yang menunjukkan keadaan trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) lancar tengah hari ini.

PETALING JAYA – Memasuki hari kedua pemberian tol percuma, aliran trafik di beberapa buah lebuh raya utama lancar tengah hari ini susulan orang ramai sudah bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing lebih awal.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dikongsikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), tiada kesesakan jalan raya di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) serta Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dan 2 (LPT2).

Sementara itu, Plus menerusi aplikasi X memaklumkan pengaktifan laluan ‘SmartLane’ pada pukul 12 tengah hari di beberapa lokasi kritikal bagi membantu menyuraikan trafik dan membantu pengguna menikmati perjalanan selamat, lancar dan selesa.

Pengaktifan tersebut membabitkan Kilometer (KM) 150.4 di laluan Bukit Tambun (arah utara) serta KM150.4 ke Juru (arah utara) dengan jarak sekitar empat kilometer.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

Terdahulu, pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari bermula pukul 12.01 tengah malam semalam dan akan berakhir pada 11.59 malam ini bersempena sambutan Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI