fbpx

129,000 kenderaan guna LPT 2 sejak Ahad untuk balik raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang memasuki Plaza Tol Kuala Terengganu di Kampung Gemuruh, Kuala Nerus hari ini.

KUALA TERENGGANU – Aliran trafik di laluan-laluan utama di Terengganu masih lancar walaupun bilangan kenderaan memasuki negeri ini semakin meningkat sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, lebih 129,000 kenderaan telah menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) sejak tiga lalu.

“Ia peningkatan empat kali ganda berbanding purata 15,000 kenderaan menggunakan LPT 2 pada hari biasa. Sedikit kesesakan berlaku di jalan-jalan persekutuan terutama di Setiu dan Besut namun keseluruhannya masih lancar,” katanya di sini hari ini.

Mazli berkata, lebih 200 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu sedang bertugas sepanjang musim perayaan ini untuk membantu melancarkan aliran dan penyuraian trafik.

Sementara itu, tinjauan di susur keluar LPT2 Kuala Terengganu berhampiran Kampung Gemuruh, Kuala Nerus juga mendapati aliran lalu-lintas lancar meskipun masih terdapat segelintir perantau pulang ke kampung pada saat-saat akhir.

Seorang pengguna, Mohd. Roslan Mohd. Noor, 47, berkata, perjalanannya pulang ke kampung dari Kepong, Kuala Lumpur menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK), LPT dan LPT 2 lancar.

Pensyarah sebuah universiti awam itu berkata, walaupun bilangan kenderaan bertambah, dia hanya memerlukan tiga jam untuk tiba ke Kuala Terengganu dari Plaza Tol Karak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI