fbpx

Tiga warga asing kerja tanpa permit dicekup jual bunga api, mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing dicekup semasa menjual bunga api dan mercun di sekitar bandar Kota Bharu semalam. FOTO IHSAN JABATAN IMIGRESEN

KOTA BHARU – Tiga warga asing termasuk seorang wanita dicekup selepas didapati menyalahgunakan pas, permit dan pas sempadan dengan menjual mercun dan bunga api di sekitar bandar Kota Bharu, di sini semalam.

Dua lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita Thailand itu ditahan semasa Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Kelantan menjalankan Ops Jaja kira-kira pukul 10 malam.

Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Mohd. Faizal Shamsudin berkata, ketiga-tiga warga asing itu berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun.

Menurutnya, mereka ditahan selepas melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39 (b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas kerja, bekerja tanpa permit dan tinggal lebih masa.

“Kesemua warga asing dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah di Tanah Merah untuk tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI