fbpx

Suami isteri mengaku tak bersalah bekal senjata api kepada lelaki Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Pasangan suami isteri yang membekalkan senjata api kepada warga Israel pada bulan lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini.

Kedua-dua tertuduh, Abdul Azim Mohd. Yasin, 43 dan Sharifah Faraha Syed Husin, 41, membuat pengakuan tersebut atas pertuduhan masing-masing di hadapan Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar.

Abdul Azim didakwa telah ada bersama dengan isteri, Sharifah Faraha yang memiliki sepucuk pistol jenama CZ 75 P-01 CAL.9 LUGER, NO.SIRI : A216210 dalam hal keadaan yang menimbulkan anggapan yang munasabah bahawa kamu mengetahui Sharifah Faraha memiliki senjata api tersebut dengan menyalahi undang-udang.

Sharifah Faraha pula telah didapati dalam milikan kamu sepucuk pistol jenama sama.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor kira-kira pukul 8 malam, 29 Mac lalu.

Justeru, mereka masing-masing didakwa mengikut Seksyen 9 dan 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan enam sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim dan Fazeedah Faik sementara suami isteri itu tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tiada jaminan terhadap suami isteri tersebut dan sebutan semula pada 11 Jun depan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kedua-dua individu berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan atas kesalahan memiliki senjata api di bazar Ramadan di Kuala Selangor, 29 Mac lalu.

Mereka disyaki membekalkan enam pucuk pistol kepada lelaki warga Israel yang terdahulu ditahan di sebuah hotel mewah di Jalan Ampang, dekat sini pada 27 Mac lalu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI