JAKARTA – Tindakan seorang anggota polis di Indonesia yang membantu menolak kereta rosak menggunakan motosikalnya menerima pujian ramai, lapor akhbar Tribunnews semalam.
Dalam klip video tular, sebuah kenderaan dilihat rosak dan terkandas di atas jalan raya.
Melihat kejadian itu, pegawai polis yang melalui jalan berkenaan membantu menolak kenderaan itu menggunakan kakinya sambil menunggang motosikal.
Video itu dirakam oleh seorang lagi pegawai polis lain yang menunggang motosikal di belakang mereka.
“Anggota Unit Trafik Polis Subang membantu pemandu sebuah kenderaan yang rosak dengan menolak menggunakan kaki,” tulis keterangan pada video tersebut.
Tindakan polis tersebut tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen daripada netizen yang memuji tindakannya. – AGENSI