fbpx

Penghuni Penjara Marang nikmati bubur lambuk Tunku Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Azizah (dua dari kanan) dan Sultanah Zahirah (dua dari kiri) berkenan memasak bubur lambuk untuk penghuni Penjara Marang semalam.

MARANG -Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli menyediakan juadah istimewa bubur lambuk Istana Pahang kepada penghuni Penjara Marang di sini semalam.

Baginda bertitah, sebanyak tujuh periuk yang dapat menghasilkan lebih 3,000 bekas bubur lambuk disediakan kepada penghuni penjara terbabit.

“Sebenarnya, sebelum jadi Raja  Permaisuri Agong pun, saya memang suka memasak untuk rakyat jelata apatah lagi bubur lambuk yang memang sinonim dengan Ramadan.

“Bermula tahun lalu, saya mula menyediakan bubur lambuk ini untuk penghuni Penjara Penor dan Bentong di Pahang. Alhamdulillah, hari ini (semalam) rezeki Penjara Marang pula merasai sendiri air tangan dari Istana Pahang,” titah baginda sewaktu ditemui di Penjara Marang di sini semalam.

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan dua puteri baginda iaitu Tengku Puteri Utama, Tengku Datuk Seri Nadhirah Zahrah dan Tengku Puteri Daulath Raja, Tengku Datuk Seri Fatimatuz Zahra turut berkenan mengiringi Tuanku Azizah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI