fbpx

Pemandu buat ‘u-turun’ di LTU Raub tidak akan disaman -KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular pengguna kenderaan membuat pusingan U di laluan LTU Raub Bypass, semalam.

KUALA LUMPUR – Tindakan advokasi dipilih berbanding mengeluarkan saman terhadap pemandu kenderaan melakukan ‘u-turn’ di laluan keluar Raub, Lebuh Raya Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) bypass Raub, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan tindakan menutup jalan tersebut mungkin dilakukan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Memang tindakan itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham mereka semua nak balik kampung dan kita juga bukan mahu mencari kesalahan, tetapi hanya mahu permudahkan urusan semua.

“Kita akan lancarkan lalu lintas dan mungkin akan tutup laluan itu bagi mengelakkan perbuatan ‘u-turn’. Mungkin ini pendekatan kita,” katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang akan diambil oleh PDRM berhubung isu itu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JSPT di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai Op Selamat, Razarudin berkata, lebih 5,900 kekuatan anggota dan pegawai trafik di seluruh negara terlibat dalam Op Selamat 22 yang bermula 8 hingga 13 April ini.

Katanya, enam kesalahan utama diberi penekanan iaitu memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit.

Jelas beliau, pihak polis juga akan melakukan pemantauan dan kawalan aliran trafik terutamanya titik hitam dan lokasi panas.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI