fbpx

Pelukan erat, genggaman tangan jadi kenangan terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazirah Ismail (kanan) menabur daun pandan di kubur anak dan menantunya yang maut dalam nahas di Kilometer 51.3 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Panjang di Padang Rengas hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

GERIK – Seorang lelaki tidak menyangka pelukan dan genggaman erat diberikan menantunya sebelum pulang berhari raya ke Terengganu adalah yang terakhir apabila dia maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 51.3, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.20 tengah itu, Kamizan Kasimon, 42, dan isteri, Noor Asmah Mat Zainal, 38, maut akibat kecederaan parah selepas kereta jenis Proton Persona dinaiki bersama dua anak mereka terlibat nahas dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova dinaiki enam sekeluarga.

Bapa Noor Asmah, Mat Zainal Nordin, 66, berkata, menantunya itu dilihat bersikap luar biasa hingga menyebabkan terdetik perasaan tidak enak di dalam hatinya.

Malah katanya, perwatakan anak perempuannya yang mesra disapa Kak Mah juga berbeza berbanding kebiasaan apabila tidak mesra dan gemar menyendiri.

“Semasa mereka bersiap untuk pulang ke Terengganu, saya pula berada di luar membersihkan kawasan sekitar rumah. Ketika itu hati terdetik rasa pelik sebab kak mah tidak datang bersembang, dia buat tidak tahu sahaja dengan saya.

“Ketika bersalaman pun, Kamizan dilihat lain, dia genggam tangan saya kuat-kuat dan peluk erat serta cium. Berulang kali dia minta maaf sebelum balik raya.

“Apabila jadi perkara seperti ini, barulah saya sedar rupa-rupanya itulah petanda yang mereka akan meninggalkan kami,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Gerik di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI