KUALA LUMPUR – Sempena Kempen Ulang Tahun ke-30, Kumpulan Mah Sing Berhad (Mah Sing) menawarkan hadiah mega bernilai RM500,000 kepada pelanggan bertuah.
Kempen ini terbuka kepada pembeli yang menempah hartanah Mah Sing dari 8 April 2024 hingga 31 Disember depan dan menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) pada atau sebelum 31 Mac 2025.
Pembeli rumah yang telah menandatangani SPA untuk projek, M Terra juga layak untuk menyertai kempen ulang tahun kami.
Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, hadiah mega tersebut termasuk tiga kenderaan elektrik (EV) iaitu jenis Tesla, BYD dan Neta-V dan wang tunai.
Beliau berkata, kempen itu memberikan peluang keemasan kepada pembeli rumah untuk bukan sahaja mendapatkan rumah idaman mereka tetapi juga meningkatkan gaya hidup mereka di samping memberi impak positif kepada alam sekitar, dengan peluang untuk memandu pulang sebuah kereta EV.
“Kediaman adalah lebih daripada sekadar bumbung di atas kepala, ia adalah tempat di mana memori dicipta.
“Sekarang adalah masa terbaik untuk memiliki rumah dengan Mah Sing, iaitu platform terbaik mencari kediaman impian,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut Hoy Kum berkata, tiga dekad dalam industri ini memang mencabar tetapi memberi ganjaran menarik dan ini mendorong pihaknya untuk menjadi salah sebuah pemaju hartanah terkemuka di Malaysia.
“Kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa usaha bersama semua dalam Mah Sing, rakan kongsi kami yang dihargai dan lebih dari 57,000 pemilik rumah di seluruh negara.
“Atas dasar ini, saya mengucapkan terima kasih yang setinggi-tingginya,”katanya.
Beliau menambah, pemberian hadiah kereta EV mencerminkan komitmen Mah Sing yang teguh terhadap inisiatif alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) untuk mengurangkan pelepasan karbon dan mempromosikan gaya hidup lestari.
“Kempen ini juga menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kelestarian dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut serta membina masa depan yang lebih mementingkan alam sekitar,”ujarnya
Pembeli rumah berminat yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kempen boleh melawati laman sesawang kempen ‘Mah Sing 30th Anniversary’ di https://mahsing.com.my/30anniversary.
Pembeli juga boleh menghubungi 1300 80 6888, atau menghantar e-mel ke [email protected] untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen. -KOSMO! ONLINE