fbpx

LOST MARY teroka peluang niaga berpotensi di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu gimik promosi yang dijalankan oleh Lost Mary untuk mengukuhkan jenamanya di pasaran tempatan.

LOST MARY adalah syarikat vape berinovatif bertaraf global telah memulakan perniagaannya sejak tahun 2021 dan ia telah bertapak di lebih 50 buah negara di seluruh dunia dengan memiliki 100 juta pengguna dewasa.

Pengarah Komunikasi Global LOST MARY Jacques Li berkata, pengukuhan jenamanya itu telah membolehkan ia memiliki lebih daripada 200 patern dalam pelbagai pasaran di peringkat antabangsa.

Kini, LOST MARY mula meneroka pasaran Asia Tenggara serta mencari peluang dan ruang untuk mengukuhkan jenama di pasaran Malaysia sekali gus memiliki perancangan ke Sabah dan Sarawak.

Mengulas lanjut, Pengurus Negara LOST MARY, Carlson Leong berkata, pihaknya komited untuk memenuhi garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan seiring dengan usaha pengembangan syarikat.

“Misi kami adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan produk yang berkualiti. Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa serantau bagi menghapuskan produk tiruan yang tidak selamat dan berkualiti rendah,” katanya dalam temu bual secara e-mel baru-baru ini.

Kosmo!: ⁠Sebagai salah satu pemain vape global, kenapa pilih Malaysia sebagai destinasi pengembangan syarikat, apakah faktor tarikannya?
LOST MARY: Malaysia me­rupakan salah satu daripada pasaran utama syarikat kami di Asia Tenggara.

Trend perniagaan vape juga dilihat semakin berkembang di negara ini dan kami boleh menawarkan lebih banyak peluang perniagaan ke pasaran tempatan termasuk membayar cukai dan sebagainya.

Adakah Malaysia satu-sa­tunya negara di Asia Tenggara yang dipilih syarikat?
Asia Tenggara adalah rantau yang penting buat kami, selain di Malaysia, kami juga telah bertapak di Filipina.

Berapakah pelaburan awal syarikat dan apakah peranca­ngan seterusnya di negara ini?
Dalam usaha kami beroperasi di pasaran baharu ini, kami akan mengetengahkan produk yang berkualiti dan selamat dengan nisbah harga kepada prestasi yang terbaik.

LOST MARY akan te­rus komited membuat pelaburan dalam pembangunan dan penyelidikan (R&D) terhadap produk, pembangunan saluran dan me­neroka kerjasama perniagaan bagi menyokong operasi.

Selain itu, pada tahun ini, kami akan meneruskan langkah pengembangan syarikat di Sabah Sarawak. Usaha pengembangan ini juga memerlukan sokongan dan pelaburan daripada perspektif berbeza seperti R&D, rangkaian dan kerjasama perniagaan.

Adakah syarikat optimis terhadap produk LOST MARY akan mendapat sambutan baik dalam kalangan pengguna di negara ini?
Kebiasaannya, pengguna kurang setia pada jenama tertentu memandangkan terlalu banyak pilihan termasuk jenama dan produk.

Melihat kepada industri vape di Malaysia yang agak kompetitif dan demi kelangsu­ngan perniagaan di pasaran ini, kami akan terus berusaha untuk mengetengahkan lebih banyak produk yang berkualiti dan selamat seiring dengan nisbah harga kepada prestasi yang terbaik menerusi sokongan keupayaan R&D yang terus berkembang.

Sementara itu, untuk lebih memahami keperluan pengguna, LOST MARY akan terus menjalin hubungan erat dengan rakan niaga memandangkan mereka merupakan penghubung antara syarikat dan pengguna.

Selain itu, syarikat juga akan menyediakan satu siri perisa untuk memenuhi pelbagai permintaan pengguna dewasa dan menyesuaikan perisa tersebut berdasarkan maklum balas tempatan daripada rakan niaga dan seumpamanya.

Kami juga sedang mempertimbangkan untuk mengetengahkan lebih ba­nyak kategori produk ke pasaran ini bagi memenuhi permintaan pengguna yang pelbagai berdasarkan hasil kaji selidik tempatan.

Dalam masa yang sama, kami akan terus mendapatkan maklum balas daripada pengguna supaya kami boleh melakukan penambahbaikan ke atas produk kami pada masa depan.

Apakah perancangan syarikat pada tahun ini, sasaran jualan dan pertumbuhan pendapatan pada tahun ini?
Pertama sekali, LOST MARY akan sentiasa memberi perhatian kepada perkembangan terbaharu berhubung peraturan kerajaan supaya kami tidak me­langgar peraturan berkaitan industri tersebut secara tidak se­ngaja.

Melaluinya kami akan dapat menyesuaikan strategi lebih awal dan merancang pelan pengembangan masa depan.

Kemudian kami akan memberi tumpuan terhadap pasaran berpotensi di negara ini memandangkan kami baru bertapak di sini. Kami juga baru memulakan usaha pengembangan syarikat di Malaysia Timur.

Pada tahun ini, kami akan menjalin hubungan dengan lebih ramai rakan niaga dan saluran yang boleh dipercayai. Hubu­ngan dengan para pengedar me­rupakan kunci kejayaan syarikat memandangkan mereka adalah jambatan penghubung untuk menyampaikan produk LOST MARY yang boleh dipercayai dan berkualiti kepada pengguna dewasa.

Sementara itu, mereka (pemain dan pe­langgan) juga boleh membantu kami untuk mendapatkan lebih banyak pandangan tentang trend dan keperluan tempatan.

Dalam masa yang sama, kami akan te­rus mendapatkan maklum balas pengguna supaya dapat melakukan penambahbaikan ke atas produk kami.

Berdasarkan maklum balas tempatan itu, kami juga akan mempertimbangkan untuk mengetengahkan lebih banyak kategori produk ke pasaran ini bagi memenuhi pelbagai permintaan pengguna. Lebih menarik, kami juga mahu bergelar sebagai jenama vape terkemuka di Malaysia, seperti mana kejayaan kami yang direkodkan di pasaran global yang lain. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI