fbpx

‘Kantoi’ pandu MPV klon, nombor plat palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPJ Selangor memeriksa kenderaan yang disita itu.

SHAH ALAM – Tindakan seorang peniaga memandu kenderaan disyaki klon dengan nombor plat palsu mengundang padah apabila ditahan pihak berkuasa di Kilometer 15.1 Lebuh Raya Persekutuan menghala Shah Alam di sini, petang semalam.

Selain itu, lelaki berusia 33 tahun yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Grandis berkenaan didapati tiada lesen memandu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, kesalahan itu dikesan pihaknya yang melakukan rondaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) di kawasan berkenaan pukul 6.30 petang.

“Semakan menerusi peranti penguatkuasaan pengurusan pintar (SmED) mendapati kenderaan itu menggunakan nombor plat palsu yang nombor asalnya didaftarkan bagi kereta Proton Saga dan disyaki klon.

“Pemeriksaan mendapati Grandis itu turut tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans manakala pemandunya tiada lesen memandu,” katanya hari ini.

Tambah Azrin, kenderaan itu kemudian disita ke JPJ Padang Jawa bagi tindakan lanjut dan pemandu berkenaan dikenakan tindakan tegas atas semua kesalahan tersebut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI