fbpx

Jangan sentuh saya, kita menjual dulu- Adira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI netizen suka melihat kemesraan Adira dan Datuk Red serta berharap mereka tidak jadi bercerai.

PETALING JAYA – Kemesraan penyanyi Adira Suami dan suaminya, Datuk Red ketika bersiaran secara langsung (live) dalam TikTok mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, Adira dan suaminya bergandingan bagi mempromosikan sebuah jenama baju sehingga meraih jumlah tontotan yang ramai.

Paling mencuri perhatian gelagat Datuk Red memegang bahu Adira dalam video tersebut namun penyanyi itu meminta suaminya fokus berniaga terlebih dahulu.

“Jangan sentuh saya, kita menjual dulu,” kata Adira kepada Datuk Red yang terkejut melihat jumlah penonton yang ramai.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan jodoh Adira dan Datuk Red panjang dan membatalkan hasrat bercerai.

Sebelum ini, Adira memfailkan penceraian terhadap Datuk Red pada 25 Oktober tahun lalu atas sebab tiada persefahaman.

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkahwin dengan Adira di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI