fbpx

Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) eratkan ukhuwah bersama warga IPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim (tengah) melengkapkan hidangan bubur lambuk sebelum diagihkan pada Program IMRAN di Universiti Sains Malaysia (USM) sambil dibantu oleh Naib Cancelor USM, Prof. Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Mohamed (kiri). Turut hadir Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Majid (dua dari kiri, belakang) dan Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar (kanan).

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan tradisinya berkongsi rezeki bersama warga Institut Pendidikan Tinggi (IPT) serta masyarakat setempat menerusi Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) yang berlangsung di 14 IPT dan Politeknik seluruh negara, bermula 19 Mac hingga 3 April lalu.

Program IMRAN merupakan inisiatif signature di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PTPTN
sejak tahun 2021 bagi menjalin hubungan baik dengan masyarakat khususnya pelajar, pengurusan
dan warga IPT, sambil meraikan golongan memerlukan serta yang kurang bernasib baik.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid mengagihkan bubur lambuk kepada seorang tenaga pengajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Ia melibatkan aktiviti gotong-royong antara kakitangan PTPTN dan IPT, anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta para pelajar sendiri dalam menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada warga IPT dan masyarakat setempat.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid (dua dari kiri) dan Pengurus Besar, Jabatan Khidmat Pengurusan PTPTN, Syerman Salleh (kiri) menyenduk nasi untuk juadah berbuka sebelum diagihkan kepada kepada kakitangan dan pelajar Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZa).

Bagi tahun 2024, program IMRAN tidak terhad kepada penyediaan bubur lambuk semata-mata, sebalik­nya turut diperluaskan dengan menyediakan juadah untuk berbuka puasa.

Dianggarkan sebanyak 10,500 bekas bubur lambuk dan juadah berbuka puasa diagihkan pada Program IMRAN tahun ini melibatkan 14 IPT di seluruh negara.

Pengurus Besar, Jabatan Khidmat Pengurusan PTPTN, Syerman Salleh dan Pengurus Besar Kanan, Jabatan Teknologi Maklumat PTPTN, Rusyaizul Husain (tengah) menyertai penyediaan bubur lambuk bersama warga Universiti Malaysia Pahang Al- Sultan Abdullah (UMPSA).
Pengurus Besar Kanan Jabatan Dasar PTPTN, Umikalsom Mohd. Yusoh (tiga dari kiri) menyerahkan bungkusan bubur lambuk kepada wakil pelajar Politeknik Merlimau, Melaka (PMM).
Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Perlis, Abdul Malek Hassan (kiri) membantu kakitangan PTPTN dalam penyediaan bubur lambuk.
Sesi penyerahan bubur lambuk kepada
pelajar-pelajar Politeknik Mersing, Johor (PMJ) oleh Pengurus Besar Jabatan Perbendaharaan PTPTN, Ainudin Ramdan Ab Rashid, diiringi Pengarah PMJ, Fadzillah Mohd. Yusoh.
Penasihat Undang-Undang PTPTN, Hazlina Harmin (tiga dari kanan) bersama Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Mohamad Yusof (tiga dari kiri) membantu menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan.
ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd. Khalid (kiri) dan Pengarah Pusat Islam, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Madya Dr. Mohd. Zain Mubarak turut serta membantu penyediaan juadah berbuka pada Program IMRAN di UMK.
Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Ungku Omar (PUO), Dr. Izwah Ismail (tiga dari kanan) bersama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Perak, Andi Nurali Mohamed (kanan) dan Pengurus Besar, Jabatan Operasi Cawangan PTPTN, Che Anishah Aziz, (dua dari kanan) mengagihkan bubur lambuk kepada pelajar PUO.
Pengarah Negeri, Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Sabah, Muliati Kamaruddin membantu penyediaan juadah berbuka puasa bersama warga Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.
Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim (Polimas), Rosli Idris (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada wakil pelajar Polimas.
Pengurus Besar Kanan PTPTN, Mohd. Rusdi Ismail (kiri) dan Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Sarawak, Yussuf Chik (kanan) turun padang bagi sesi memasak bubur lambuk sempena Program IMRAN di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Mukah.
Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd. Khalid (dua dari kiri) dibantu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pengguna Universiti Malaya, Prof. Dr. Sabri Musa (tiga dari kiri) memasukkan bubur lambuk ke dalam bekas setelah selesai proses memasak di Universiti Malaya. -KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI