fbpx

Gigih jalan kaki hantar makanan dari Ampang ke Bukit Bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran tersebut.

PETALING JAYA – “Baru nak marah makanan lambat, rupa-rupanya dia jalan kaki”.

Itu respon seorang lelaki selepas membuat pesanan makanan menggunakan perkhidmatan penghantar makanan.

Menurut perkongsian lelaki itu di Facebook Topek Daniel berkata, pada mulanya dia berasa geram apabila pesanan makanannya mengambil masa lebih satu jam untuk sampai.

Bagaimanapun, dia terkejut sebaik sahaja mengetahui penghantar makanan itu mengambil dan menghantar makanan secara berjalan kaki.

Menerusi tangkap layar perbualan bersama penghantar makanan tersebut, individu terbabit turut berkongsi tidak mampu membeli basikal.

“Malam tadi punya cerita. Baru nak marah makanan lambat, sampaikan satu jam lebih baru sampai, dari Ampang ke Bukit Bintang.

“Rupanya dia ini ‘walker’. ‘Struggle is real’ sahabat. Semoga kita semua dimurahkan rezeki selalu,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji kegigihan penghantar makanan tersebut.

“Ya Allah. Kenapa ‘walker’ dapat agak jauh penghantarannya ya? Kasihan dia. Semoga dia murah rezeki. Amin,” kata Fatin.

“Kadang-kadang saya rasa saya dah paling susah, tapi masih ada yang gigih bekerja walaupun tiada kenderaan. Bila baca perbualan tu, terus bersyukur dalam hati ni,” kata Ceypul.

“Kalau tak silap ‘walker’ biasanya buat dalam radius lima kilometer ke bawah je. Mungkin admin aplikasi ada masalah kot,” kata Atipan.

Sehingga kini perkongsian berkenaan meraih lebih 400 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI