fbpx

Dua rentung, kereta dinaiki terbakar selepas bertembung dengan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah kereta yang bertembung dengan sebuah lori tiga tan dalam kejadian di Jalan Bukit Mantin menghala ke Seremban pagi tadi.-GAMBAR/IHSAN BOMBA.

SEREMBAN – Dua individu yang masih belum dikenal pasti rentung apabila terperangkap dalam kereta dinaiki mereka yang terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori tiga tan dalam kejadian di Jalan Bukit Mantin menghala ke Seremban di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.25 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin dan Seremban dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis BMW yang terbakar 100 peratus susulan bertembung dengan sebuah lori tiga tan. Terdapat tiga orang mangsa yang menaiki lori tersebut telah mengalami kecederaan ringan dan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini.

“Sementara itu, terdapat dua orang mangsa yang identitinya masih belum dikenal pasti telah terperangkap dan rentung di dalam kereta tersebut. Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak mangsa pada pukul 11.35 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI