fbpx

‘Beruang itu berada betul-betul di belakang saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Osbourn diserang oleh beruang yang mahu melindungi anaknya. - Getty Images

ANNAPOLIS, MARYLAND – Seorang wanita yang diserang seekor beruang sempat menghubungi talian kecemasan dengan tenang bagi memberitahu bahawa haiwan itu membenamkan gigi pada kepalanya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Karen Osbourn, 63, berhadapan detik ngeri selama 30 minit semasa diserang seekor ibu beruang yang ketika itu berada bersama anaknya.

Dalam kejadian itu,  Osbourne hanya  berjalan beberapa meter dari rumahnya di Frederick, Maryland apabila dia diserang tiga kali dari arah yang berbeza. 

Dalam satu panggilan kecemasan kepada talian 911, warga emas itu memberitahu bahawa dia mendengar bunyi dengusan beruang di belakangnya. 

Beruang itu berada betul-betul di belakang saya. Ia mendengus dan menghentak serta menggali tanah seperti bersedia untuk menyerang lagi,” katanya. 

Tambah Osbourne dalam panggilannya, lengan dan kakinya patah.

“Saya digigit di belakang kepala. Ia datang lagi! Tolong jangan tinggalkan saya,” katanya kepada pegawai 911.

Anggota keselamatan tiba di tempat kejadian dan menembak mati beruang hitam seberat 91 kilogram itu, manakala anaknya yang berlari ke atas pokok diberikan tembakan pelali. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI