fbpx

Asap tebal laluan Kuantan-Pekan halang penglihatan pemandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana jalan raya yang dilitupi asap tebal itu.

PETALING JAYA – Kebakaran hutan tanah gambut di Kuantan sejak 29 Mac lalu semakin teruk apabila asap tebal berserta debu melitupi sebahagian besar jalan Kuantan-Pekan.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok @iendaazlinda, asap tebal yang kelihatan seperti jerebu itu bukan sahaja membawa hawa panas malah menganggu penglihatan pengguna yang melalui jalan raya di sekitar Taman Indera Sempurna itu.

Dalam pada itu, pemilik video berkenaan juga mengakui cuaca panas melampau di kawasan berkenaan sehingga menyebabkan debu atau abu hasil daripada kebakaran hutan itu berterbangan ke kawasan sekitar.

“Memang asap tebal sangat masa lalu tadi, memang tak jelas pandangan. Video ni saya lajukan, kami slow saja sebab berhati-hati.

“Dalam rumah kalau tak pakai selipar, hitam kaki sebab debu-debu asap masuk rumah.” ujarnya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengakui turut terkesan dengan cuaca panas yang melanda Kuantan buat masa ini.

“Semoga Allah turunkan hujan rahmat, kesian juga dekat haiwan-haiwan yang masih hidup, habis habitat musnah. Buat petugas-petugas bomba, semoga Allah lindungi kalian,” ujar seorang pengguna.

“Lima tahun duduk sini tak pernah pasang aircond, pakai kipas je. Tahun ni betul-betul panas. Tidur pun berpeluh, saya pun pasang aircond dalam bilik. Fikir anak baru 11 tahun,” komen Lucifer.

“Ini kawasan rumah mentua saya, Indera Sempurna. Semalam saya sampai macam inilah, tak nampak jalan sebab asap. Ya Allah, semoga Allah permudahkan urusan buat kita semua,” kata Mamaizz. – KOSMO! ONLINE

@iendaazlindaYa Allah turunkanlah hujan yang memberikan manfaat.. Aamiin♬ original sound – ᄊリ キノ丂んム📸 – 沿ばト мⓎ𝐅𝕚s卂

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI