fbpx

Anak risau bapa hilang sejak tiga hari lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Ariff menunjukkan gambar bapanya yang dikhuatiri hilang setelah tidak pulang ke rumah di Kampung Baru Serada sejak kelmarin.

KUALA TERENGGANU – Keluarga seorang penjual ikan risau setelah lelaki warga emas terbabit hilang tanpa dikesan selepas keluar dari rumahnya di Kampung Baru Serada, di sini kelmarin.

Anaknya, Muhammad Ariff, 23 berkata, bapanya, Muhammad Ngah, 67, hanya  yang berbaju T biru dan berkain pelikat ketika keluar rumah dengan menaiki motosikal beroda tiga jenis Honda EX5 berwarna merah.

“Sewaktu keluar, ayah (Muhammad) bukan sahaja tidak membawa beg duit dan telefon bimbit malang langsung tidak memakai topi keledar. Sebab itu, kami pada mulanya sangka dia tidak pergi jauh dan sekadar mahu berjumpa kawan sekampung sahaja,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Katanya, mereka yang gagal mencari Muhammad di sekitar kampung kemudiannya membuat laporan polis berhubung kehilangan warga emaa tersebut pada kelmarin.

“Kami juga cuba mencari ayah di semua hospital dan klinik berhampiran namun tidak jumpa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI