fbpx

90 maut feri karam di Mozambique

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 90 orang terbunuh apabila sebuah feri yang sesak, karam di luar pantai utara Mozambique. – AGENSI

MAPUTO – Lebih 90 orang maut selepas sebuah feri karam di luar pantai utara Mozambique, kata pihak berkuasa tempatan seperti dilaporkan Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam. 

Pegawai di wilayah Nampula berkata, lima mangsa berjaya diselamatkan daripada kira-kira 130 penumpang yang dipercayai berada di dalam feri itu.

Menurut Setiausaha Dalam Negeri Nampula, Jaime Neto, penumpang feri itu melarikan diri daripada wabak kolera, manakala sebilangan besar yang maut adalah kanak-kanak.

“Oleh kerana feri itu terlalu sesak dan tidak sesuai untuk membawa penumpang, ia akhirnya tenggelam,” kata Neto.

Video yang tidak disahkan disiarkan di media sosial memaparkan puluhan mayat terbaring di pantai.

Feri berkenaan dilaporkan dalam perjalanan dari Lunga menuju ke Pulau Mozambique, di luar pantai Nampula.

Wilayah Nampula merupakan antara yang paling teruk terjejas akibat wabak kolera atau taun yang merebak ke beberapa negara di selatan Afrika sejak Januari tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI