fbpx

Tiga maut nahas babit tiga kenderaan di Kunak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kunak – Tawau, dekat Ladang Giram, Kunak petang semalam. -Foto JBPM

KUNAK – Tiga maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kunak – Tawau, dekat Ladang Giram, Kunak petang semalam.

Mangsa Noorhashim Ambutong, 41, Tima Amihusin, 74, dan Alkawi Ali, 30, yang menaiki kereta Proton Iswara disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Manakala lima mangsa yang cedera dari kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max dan motosikal.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.20 petang.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Oma Tome digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan tiga kenderaan jenis Proton Iswara, Isuzu D-Max dan sebuah motosikal.

“Terdapat tiga mangsa dalam kereta Proton Iswara disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan KKM,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, tiga mangsa dari kenderaan Isuzu D-Max dan dua mangsa dari motosikal dilaporkan mengalami kecederaan.

“Semua mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan pegawai perubatan KKM di lokasi kejadian.

“Seterusnya semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dan ambulans,” katanya.

Katanya lagi, mangs yanga meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI