PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Dalam hantaran itu, Seri Paduka Baginda menyerahkan cek zakat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Nasri Md. Ali.
Penyerahan cek itu disaksikan oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad. – KOSMO! ONLINE