fbpx

Suami cemburu pukul kawan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman memaparkan kejadian tersebut yang berlaku di Petronas Bukit Indah.

ISKANDAR PUTERI – Angkara cemburu, seorang lelaki bertindak menyerang dan memukul seorang lelaki yang merupakan kawan isterinya di Petronas Bukit Indah, Taman Bukit Indah di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis daerah Iskandar Puteri, Superitenden Ibrahim Mat Som berkata, pengadu berusia 26 tahun tampil membuat laporan polis mendakwa telah dipukul oleh suami kepada kawannya.

Katanya, susulan laporan itu, polis telah berjaya menahan suspek berusia 35 tahun di Lebuh Raya Kota Iskandar, di sini pada pukul 12 tengah hari tadi.

“Kita telah menerima laporan mangsa berhubung kejadian yang tular itu dan telah berjaya membuat tangkapan. Suspek juga ada membuat laporan polis.

“Hasil soal siasat ke atas pengadu dan suspek kejadian mendapati kejadian itu berpunca dari sifat cemburu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 46 saat tular di media sosial memaparkan suspek tersebut bertindak menumbuk dan menendang isterinya dan pengadu tanpa menghiraukan orang awam di kawasan tersebut.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI