fbpx

RM7,000 beli keperluan raya ibu, bapa dan adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GADIS manis ini tidak ambil kisah dengan komen negatif yang dilemparkan netizen kepadanya selama ini.

RUANGAN Pesona Ahad minggu ini menampilkan gadis manis, Nur Atiqah Abd Hamid, 24, atau lebih dikenali Tiqah AI.

Graduan Seni Kreatif dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana itu kini menjadi salah seorang ahli kumpulan YouTube iaitu AI Team.

Penyertaannya dalam kumpulan tersebut bagi mengembangkan bakat selain menaikkan namanya sebagai pencipta kan­dungan terkenal dan meraih pendapatan lumayan bagi membantu keluarga.

Kepada Kosmo! Ahad, Atiqah yang mempunyai saluran YouTube dengan 178,000 pengikut bercerita mengenai persiapan raya dan peluang kerjaya dalam bidang pencipta kandungan.

KOSMO! AHAD: Ceritakan tentang diri Atiqah?
Atiqah: Saya merupakan anak kelima daripada enam beradik, dilahirkan di Johor Bahru, tetapi dibesarkan di Klang, Se­langor.
Saya seorang yang pemalu tetapi boleh dikatakan easy going person.
Saya merupakan pelajar tea­ter di Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi Mara, (UiTM) Puncak Perdana. Selepas menamatkan pengajian, saya mula berjinak-jinak dengan du­nia pencipta kandungan atau content creator.

Bagaimana boleh terlibat dengan pencipta kandung?
Saya bermula dengan menjadi model sambilan sebelum me­nyertai pasukan AI Team pada tahun lepas.
Semuanya untuk menaikkan nama saya selain menjana pendapatan. Selama ini, saya memang suka bercakap depan kamera dan ini menjadi kelebihan buat saya kerana berpeluang mengembangkan bakat ke pe­ringkat lebih tinggi.
Pendapatan bulanan saya antara RM10,000 ke RM20,000.

ATIQAH pernah menjadi model sambilan sebelum ini.

Adakah mudah menjadi pencipta kandungan?
Mungkin pada pandangan orang ramai menjadi pencipta kandungan nampak mudah dan tidak perlu bertungkus-lumus seperti pekerjaan lain bagi menjana pendapatan.
Tetapi, ia tidak semudah yang disangka kerana kadangkala kita tidak tahu adakah apa yang kita buat akan disukai oleh khalayak di luar sana atau tidak. Kalau apa yang dibuat tidak mendapat tontonan banyak orang, maka pendapatan juga sedikit.
Untuk itu saya terpaksa memikirkan idea terbaik sebelum memulakan kerja-kerja mema­sukkan kandungan dan tidak hanya lebih kepada syok sendiri.

Pernah terima komen negatif?
Bagi saya, perkara sebegini ini adalah biasa kerana tidak semua orang akan menyukai kita dan apa yang kita buat.
Apa yang saya lakukan adalah tidak membaca di ruangan komen yang dihantar netizen kerana saya bimbang jika saya terpandang komen berbentuk negatif, ia melemahkan semangat saya untuk terus berkarya.
Teruskan berkarya semampu mungkin dan jangan pedulikan apa yang orang perkatakan.

Apakah momen hari raya yang paling indah?
Bagi saya, saat yang paling menggembirakan adalah dapat memberi duit raya kepada ibu bapa selain berkumpul semua adik-beradik ketika menyambut Aildfitri.
Selama ini merekalah yang membesar dan menyokong apa yang kita lakukan, jadi inilah masanya saya membalas balik jasa mereka.

Berapa perbelanjaan raya pada tahun ini?
Saya memperuntukkan lebih RM7,000 untuk persa­linan lengkap raya buat ibu, bapa serta adik .
Beruntungnya saya tahun ini apabila mendapat tajaan beberapa baju raya daripada satu jenama ter­kenal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI