TIGA hari menjelang 1 Syawal, satu perasaan yang sukar digambarkan dirasai seluruh umat Islam sedunia apabila terpaksa meninggalkan atau mengucapkan selamat tinggal kepada Ramadan. Yang pasti, emosi kerinduan mula menyelubungi diri apabila melihatkan bulan penuh barakah dalam kalendar Islam itu kian sayup-sayup berlalu pergi. Emosi sama turut dirasakan pelakon Remy Ishak bersama isteri tersayang, Roszaliza Yusof atau lebih dikenali sebagai Ezza Yusof. Kian cakna perihal keindahan agama, terutama ketika dipertemukan rezeki menimang cahaya mata tahun lalu bernama Alam Tuah, pasangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya