fbpx

Putera Mateen, Dayang Anisha tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Mateen bersama isterinya sewaktu mengerjakan umrah.

PETALING JAYA – Pasangan Diraja Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan isterinya Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah kembali mencuri perhatian peminat selepas berkongsi perjalanan ibadah umrah mereka di platform media sosial.

Putera Mateen menerusi hantaran di Instagramnya kelmarin berkongsi ‘selfie’ sewaktu lengkap mengenakan ihram manakala Dayang Anisha kelihatan anggun memakai telekung berwarna putih sewaktu berada di Tanah Suci Mekah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja melihat pasangan pengantin baharu itu selain ramai memuji kecantikan Dayang Anisha biarpun tidak mengenakan sebarang solekan.

Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkn dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawa pada 11 Januari lalu.

“Masya-Allah, cantiknya Dayang Anisha, cantik semula jadi. Moga ibadah pasangan ini diterima Allah SWT,” kata Aliya.

“Pasangan kegemaran. Sama cantik, sama padan. Selamat menunaikan umrah buat Putera Mateen dan isteri. Doakan kami pula diberi rezeki ke sana, kata Nurul Naniee.

Menerusi foto yang dikongsikan, keberadaan pasangan itu di Mekah dan Madinah turut ditemani oleh beberapa individu lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI