fbpx

Penunggang motosikal maut langgar belakang lori tunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di kilometer 249.1, Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan).-Foto PDRM

SEREMBAN – Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar belakang lori tunda di kilometer 249.1, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan), di sini, pukul 8.10 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori tunda jenis Hicom sedang menunda sebuah lori tunda jenis Hino yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 28 tahun sedang bergerak bersama seorang penumpang lelaki berusia 33 tahun dari Ipoh menuju ke Johor Bahru.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian lori sedang memandu terus di lorong kiri lalu dilanggar oleh penunggang motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 30 tahun di bahagian belakang lori.

“Akibat kemalangan, mangsa penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala kedua-dua pemandu dan penumpang lori tunda tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa penunggang motosikal telah di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban untuk pengendalian bedah siasat,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Mohamad Hatta lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sehubunhan itu, mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Mohd Zaman di talian 012-7173867 atau boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI