fbpx

Pembantu stor maut, motosikal bertembung treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah treler yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 75 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang semalam. -Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang pembantu stor maut selepas motosikal yang dia tunggang terbabas sebelum bertembung sebuah treler di Kilometer 75 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu menyebabkan Mohammad Amirul Haikal Mazlan, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan sehingga kehilangan banyak darah dan patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 16ZR sedang dalam perjalanan dari arah Gua Musang ke Kuala Krai.

Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung bahagian lampu depan sebelah kiri treler jenis Scania.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu treler yang berusia 47 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa yang berasal dari Taman Sri Maher, Tanah Merah dekat sini dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Tambah Choon Foo, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI