fbpx

Kempen #MZB365 semarakkan perpaduan dalam masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sejak kebelakangan ini, situasi ‘panas’ menyerang dalam kalangan masyarakat negara berhubung pelbagai isu terutama melibatkan agama, raja dan kaum (3R).

Bagi meredakan situasi tersebut, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama beberapa institusi serta Badan Masyarakat Sivil (CSO) meluncurkan kempen Maaf Zahir Batin (#MZB365) untuk mempromosikan budaya hidup damai serta harmoni dalam masyarakat.

Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd. Samsudin berkata, inisiatif #MZB365 tidak sahaja terhad ketika perayaan Aidilfitri yang bakal disambut minggu hadapan, malah ia akan terus disemarakkan sepanjang tahun meliputi setiap aspek serta lapangan kehidupan.

“Untuk itu adalah penting untuk kisah-kisah inspiratif yang membawa hidup semangat hidup damai yang sering diuji dengan pelbagai kemungkinan serta situasi.

“Asas kepada #MZB365 keterbukaan setiap anggota masyarakat untuk mengakui kesilapan serta kekhilafan yang dilakukan dengan tekad untuk tidak mengulanginya pada masa akan datang.

“ABIM berkeyakinan semangat yang dibawa inisiatif #MZB365 dapat menyegarkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia secara damai yang dihidupkan dengan nayalara, Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kempen #MZB365 ini juga disokong sepenuhnya oleh media Kosmo! dan Utusan Malaysia dalam melenyapkan kebencian, memperkukuh kefahaman serta nilai murni dalam kalangan masyarakat negara yang berbilang kaum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI