fbpx

Kemelut perkahwinan Bella, Aliff masih ‘juara’ kedai kopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masalah perkahwinan Bella dan Aliff masih menjadi topik perbualan ramai peminat sehingga kini.

KEMELUT membabitkan pasangan sensasi, Bella Astillah dan Aliff Aziz bagai telenovela Sepanyol beratus-ratus episod yang membawa kepada ‘plot twist’ tidak terjangka selain kemunculan banyak watak baharu.

Ketika netizen masih menunggu kesudahan kes khalwat aktor asal Singapura itu, pendedahan isterinya mengenai kecurangan Aliff bersama 11 wanita termasuk adik kandung Bella, Erica Astillah mengundang kejutan.

“Orang tahu Aliff curang empat dan lima kali sahaja, tapi sebenarnya 11 kali. Saya ada bukti dan Aliff tahu semua ini.

“Selepas Aliff ditangkap khalwat saya tak bagi apa-apa kenyataan sebab saya sendiri terkejut walaupun ada yang fitnah tuduh saya buat perangkap.

“Saya ada tiga adik-beradik perempuan. Aliff pernah curang dengan adik saya, punya saya sayangkan Aliff sampaikan saya buang keluarga saya sendiri,” katanya kepada media, baru-baru ini.

Pendedahan tersebut dibuat sehari sebelum sebutan kedua kes permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 April lalu.

Hubungan sulit

Malah, mencetuskan lagi perdebatan dalam kalangan pemerhati apabila ibu kepada dua cahaya mata itu turut membuat pengakuan pernah menjalin hubungan sulit dengan pelakon berusia 27 tahun iaitu Muaz Zabir.

Ini susulan penyebaran foto dan tangkap layar mesej mesra dikatakan antara kedua-dua bintang drama Leha Leya Raya tersebut dalam aplikasi TikTok.

 

Ibe mentua Bella Astillah, Siti Hafizah Sheikh Mohamad (tengah) menerima kecaman hebat netizen kerana terlalu didakwa terlalu ‘menangkan’ anak kesayangan, Aliff Aziz. 

Begitupun, Bella atau Dayang Ara Nabella, 30, mendakwa tindakan akrab dengan model merangkap jurulatih kecergasan itu hanya untuk membuatkan suaminya cemburu.

Melihat kepada keperitan ditanggungnya selama bertahun-tahun, perbuatan Bella seakan-akan direstui peminat tegarnya atas alasan apa yang dilakukan hanya untuk ‘membalas’ kecurangan Aliff.

Masing-masing memberikan hujah menyokong tindakan Bella, namun masih ramai menyelarnya termasuk penyanyi dan aktivis masyarakat, Caprice menganggap Bella melakukan kesilapan serupa atau dua kali lima.

“Kepada sesiapa nak sebelahkan perempuan ke lelaki itu, kamu tak faham hukum dalam Islam kalau curang dalam status berkahwin,” katanya dalam hantaran video Instagram.

Masih sayang

Sementara itu, bagi prosiding di mahkamah pada 4 April lalu, Aliff, 34, membuat kejutan apabila enggan melafazkan talak walaupun menurut isterinya perkara tersebut telah dipersetujui sejak awal tuntutan dibuat.

Aliff masih sayangkan isterinya dan ingin mempertahankan perkahwinan dengan menyatakan kedua-dua mereka bersalah.

“Beberapa minggu sebelum ini, semuanya bercampur-baur untuk saya dan pihak lain yang terlibat.

“Saya akan gunakan semua ruang dan peluang untuk menyelamatkan rumah tangga serta anak-anak saya.

“Saya akui lakukan kesilapan dan Bella turut buat kesalahan tetapi pada akhirnya ini bukan satu keputusan yang boleh dilakukan secara terburu-buru,” ulasnya ketika ditemui media di luar kamar mahkamah.

Berikutan itu, beberapa rakan artis turut meluahkan pandangan berhubung isu tersebut termasuk pelakon Rita Rudaini dan penyanyi Shila Amzah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI