fbpx

Jangan hina jumlah duit raya yang diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Setiap kali tibanya Aidilfitri, pemberian duit raya menjadi salah satu acara yang paling ditunggu-tunggu terutamanya bagi kanak-kanak.

Bagaimanapun, umat islam diingatkan supaya tidak menghina berapa banyak pun jumlah pemberiannya.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan mengingatkan orang ramai supaya tidak menghina atau mencela jumlah pemberian duit raya kerana tujuan asalnya adalah untuk berkongsi kegembiraan dan kesyukuran kepada penerimanya.

“Janganlah memperkecilkan pemberian jirannya sehingga sanggup menolaknya walaupun pemberian itu hanyalah berupa firsin (bahagian pergelangan ke bawah kaki hadapan atau bahagian tulang yang kurang daging.

“Berdasarkan Hadis Rasullah S.A.W diatas, kita dilarang daripada menghina apa sahaja yang diberikan oleh jiran, adapun bagi perayaan Aidilfitri, ia bertepatan dengan larangan menghina pemberian duit raya walau banyak atau sikit jumlah yang diterima,” ujarnya

Dalam pada itu, Rasullah S.A.W juga melarang memperkecilkan sebarang pemberian yang daripada sesiapa sahaja.

“Jikalau saya dijemput untuk makan lengan atau betis (kambing dan sebagainya), nescaya saya akan menyahut jemputan itu. Jikalau lengan atau betis (kambing dan sebagainya) dihadiahkan kepadaku, nescaya saya akan menerimanya,” hadis riwayat Al-Bukhari.

Mengulas lanjut, menurut Mufti Negeri Sembilan itu, pemberian duit raya sememangnya digalakkan namun mengunjungi sanak saudara untuk mengeratkan silaturahim lebih penting dan perlu diutamakan.

“Berapa pun jumlahnya, yang penting adalah Silaturahim di Aidilfitri.

“Semoga amalan kunjung mengunjung, saling bersedekah ini akan mengeratkan Silaturahim, bukannya menambah persengketaan antara kita,” ujarnya di hantaran Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI