fbpx

Ditipu ada polis, ‘mat motor’ lawan arah kelam-kabut patah balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan penunggang motosikal melawan arus di jalan raya sekitar Jalan Karet Tengsin, Jakarta Pusat, Khamis lalu. - @aboudkj

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan tindakan sekumpulan penunggang motosikal melawan arus di sebatang jalan di sekitar Jalan Karet Tengsin, Jakarta Pusat.

Akhbar Tribunnews melaporkan, kejadian berlaku Khamis lalu. 

Rakaman video yang tular menunjukkan seorang penunggang motosikal lain yang geram melihat aksi itu kemudian memperdayakan kumpulan berkenaan.

Dia memberitahu mereka bahawa terdapat polis di jalan yang bertentangan itu.

Tindakan tersebut menyebabkan kumpulan penunggang yang melawan arus itu berpatah balik dan menunggang motosikal di jalan yang betul.

“Seorang penunggang motosikal bimbang melihat sejumlah penunggang lain menggunakan arah bertentangan di jalan sekitar Karet Tengsin, Jakarta Pusat, Khamis (4 April).

“Dia menyuruh mereka berpatah balik dan berpura-pura mengatakan bahawa ada polis,” tulis keterangan video itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI