fbpx

Detik dominasi pemain muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE dijangka menjadi nama yang akan mendominasi pencalonan Ballon d’Or untuk musim selepas ini. - AFP

MIAMI – Bintang sensasi Argentina, Lionel Messi memberi bayangan bakat muda bola sepak antarabangsa bakal mendominasi anugerah berprestij, Ballon d’Or pada akan datang dengan Erling Haaland dan Kylian Mbappe jadi pilihan utama.

Messi yang telah bergelar juara Ballon d’Or sebanyak lapan kali sepanjang karier tidak meletakkan nama pemain muda Real Madrid dan England, Jude Bellingham dalam senarai peribadinya.

Menurut Messi, Haaland dan Mbappe boleh meneruskan perseteruan dinamik dalam usaha bergelar pemain terbaik dunia tetapi masih ada beberapa lagi pemain muda yang wajar diberikan perhatian.

“Jika ditanya mengenai siapa yang bakal bersaing pada anugerah Ballon d’Or pada tahun-tahun akan datang, saya jangkan persaingan sengit mungkin terjadi melibatkan bintang muda seperti Haaland, Mbappe dan Vinicius Jr.

“Selain itu, saya juga suka untuk melihat bakat yang ada kepada pemain remaja Barcelona, Lamine Yamal yang dilihat semakin matang dalam usianya apabila mula beraksi konsisten musim ini.

“Selain itu, kita tidak boleh menolak kemungkinan ada lagi nama-nama baharu yang bakal menyerlah pada masa akan datang kerana setiap musim, pasti ada pemain yang boleh membuat kejutan tampil menyerlah bersama kelab masing-masing,” katanya.

Sebelum ini ramai menganggap Bellingham sebagai pilihan utama untuk menjuarai Ballon d’Or apabila tampil konsisten bersama Real dengan menjaringkan 20 gol sejak berhijrah dari Borussia Dortmund tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI