fbpx

Alunan qasidah bergema di tengah Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sekumpulan lelaki berqasidah di tengah bandar Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Tular di laman TikTok video sekumpulan lelaki mengalunkan alunan qasidah dan selawat berserta iringan alat muzik yang dimainkan secara langsung di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok @Me_Fatima, paduan suara selawat berserta irama alat muzik seperti gendang dan rebana yang dialunkan daripada atas bas ronda-ronda KL itu, berjaya menarik perhatian orang ramai yang berada di sana.

Dalam video berkenaan, dengan bantuan pembesar suara, alunan zikir-zikir yang dialunkan dari tingkat atas bas ronda KL sambil mengelilingi jalan raya sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur, bergema memenuhi segenap ruang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji usaha murni sekumpulan lelaki berkenaan yang secara tidak langsung mengajak orang lain untuk sama-sama menambah pahala.

“Dengan automatiknya satu bandar berzikir memuji nama Allah dan Rasul,” komen HunnyBunny.

“Tahun ni barang-barang mahal tapi kita tetap meriah dengan alunan nama Allah. Bangkit dan terbaik warga kota,” ujar seorang pengguna.

“Alhamdulillah idea yang bagus dan patut dikembangkan lagi. Memang patut buat pun untuk melambangkan negara kita. Warga asing tengok pun kagum. Malam raya nanti takbir raya keliling KL macam ni, teruskan,” kata Mrs.Fieyy. – KOSMO! ONLINE

@me_ftmzhr Lurve raya vibes 🎊✨️✨️ #bukitbintangkualalumpur #ramadhan2023 #fypシ ♬ original sound – Me_Fatima

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI