fbpx

Adira, Datuk Red tak payahlah bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adira dan suaminya, Datuk Red.

KEMELUT rumah tangga Adira dan Datuk Red sebelum ini memang mengejutkan ramai.

Bermula daripada memfailkan cerai sehingga Datuk Red membuat pendedahan Adira menanggungnya selepas muflis, memang buat ramai tercengang.

Jika sudah fail cerai, selalunya pasti ramai yang sokong supaya cerai, tetapi lain pula halnya apabila ramai mahu Adira berbaik semula dengan Datuk Red.

Sebabnya, ramai kagum melihat usaha Adira bantu suaminya menjual kuih raya dalam aplikasi TikTok.

“Berbaik sahajalah Adira dengan Datuk Red. Batalkan permohonan cerai sebelum ini dan bantu suami cari duit. Mereka masih sayang dan suka melihat usaha Adira bantu suaminya walaupun mereka sebenarnya menunggu masa untuk bercerai,” komen netizen.

Diva rasa kalau apa yang dicadangkan membawa kebaikan, apa salahnya.

Jika nekad dan mahu teruskan perceraian, tiada siapa yang menghalang sebab hanya Adira sahaja tahu mengapa dia bertindak sebegitu.

DIVA: Ramai tak sabar nak lihat foto Marissa Dania beraya dengan Aslam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI