fbpx

3 maut diterbangkan angin kencang dari tingkap pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita berjalan ketika hujan lebat di Nanchang pada 2 April lalu. - Getty Images

BEIJING – Tiga orang maut selepas angin kencang menarik mereka keluar melalui tingkap pangsapuri di selatan China, ketika cuaca ekstrem melanda wilayah itu sejak minggu lalu, lapor stesen penyiaran CNN.

Seramai tujuh orang maut di wilayah Jiangxi sejak fenomena angin kencang luar biasa bermula pada Ahad minggu lalu, lapor stesen penyiar CCTV Khamis lalu.

Lebih 5,400 rumah rosak dan 313,000 orang terjejas dengan kira-kira 1,600 daripadanya terpaksa dipindahkan ke tempat selamat.

Empat kematian dan sekurang-kurangnya 10 kecederaan dilaporkan di ibu kota wilayah tersebut, Nanchang, yang merupakan bandar paling teruk dilanda cuaca ekstrem.

Antaranya ialah seorang wanita berusia dalam lingkungan 60-an dan cucunya yang berusia 11 tahun.

Kedua-dua mereka ‘disedut’ dari tingkap pangsapuri akibat angin kencang bersama tilam mereka, lapor CCTV.

Seorang lagi wanita berusia 60 tahun dari bangunan yang sama turut melayang keluar dari tingkap akibat angin kencang. 

“Ketiga-tiga mereka disahkan meninggal dunia,” kata laporan tersebut.

Sebuah stesen cuaca mencatatkan kelajuan angin melebihi paras tertinggi 12, bersamaan dengan taufan Kategori I, manakala 29 yang lain mengesan angin tahap 10 dan 11.

Penyaman udara turut diterbangkan dari bangunan tinggi di bandar itu, manakala lebih 2,000 pokok tumbang, kata media pemerintah. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI